fbpx

[VIDEO] Aksi mat rempit ala Superman dirakam polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi seorang remaja menunggang motosikal ala Superman yang berjaya dirakam anggota polis di Kilometer 248, LPT 1 berhampiran Plaza Tol Jabor dekat Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang remaja lelaki terlalu ghairah menunggang motosikal dengan aksi Superman sehingga tidak perasan diekori oleh sebuah kereta peronda polis di Kilometer 248, Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) berhampiran Plaza Tol Jabor dekat sini semalam.

Penunggang motosikal jenis Honda EX5 itu ditahan selepas terjatuh berhampiran Plaza Tol Jabor sewaktu cuba meloloskan diri daripada ditahan polis pada pukul 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, aksi suspek melakukan aksi Superman itu diperhatikan anggota kereta peronda Unit Polis Ronda Lebuhraya Zon Timur 4, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

“Remaja berusia 18 tahun dan berasal dari Jengka, Pahang itu juga melakukan aksi zigzag berulangkali sejauh dua kilometer dari Kilometer 248 hingga Kilometer 250, LPT 1.

“Begitupun, sebaik menyedari kehadiran polis, dia memecut motosikalnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Hanyan memberitahu, motosikal jenis Honda EX5 suspek menghala ke Plaza Tol Jabor sebelum membuat pusingan U melawan arus menghala ke arah Kuantan.

Tambahnya, remaja itu kemudiannya membuat pusingan menghala semula ke Plaza Tol Jabor sebelum terbabas dan terjatuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI