fbpx

Cuaca buruk di seluruh negara sehingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan hampir di semua negeri bermula petang sehingga malam ini.

MetMalaysia menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, ia meliputi negeri Perlis serta Kedah melibatkan sekitar Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Cuaca buruk diikuti dengan seluruh Pulau Pinang dan Perak di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan melibatkan kawasan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, seterusnya Terengganu di Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun, diikuti Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, Selangor pula melibatkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang bersama-sama dengan WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, dan Melaka

“Kawasan di Johor pula melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga pukul 8 malam ini,” katanya.

Dalam pada itu, hujan lebat serta ribut petir turut berlaku di Sabah melibatkan Sandakan di Kinabatangan serta Sarawak di Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Miri dan Limbang sehingga pukul 5 petang hari ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI