fbpx

PH selesai pembahagian kerusi PRU-15 dalam tempoh sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rafizi

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyelesaikan pembahagian kerusi bersama Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohd. Rafizi Ramli berkata, sekurang-kurangnya senarai pendek pertama calon-calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) juga dijangka dikeluarkan dalam tempoh sama.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR turut memaklumkan bagi tempoh tersebut juga akan diselesaikan gerak kerja di negeri dan cabang.

“Apabila balik ke kawasan masing-masing dengan satu tanggungjawab bahawa saudara saudari adalah pemimpin yang sama penting dengan (Datuk Seri) Anwar dan saya serta kepimipinan tinggi.

“Kalau lemah, goyah, tidak boleh memecut dalam tempoh pendek yang ada, kita gagal tanggungjawab kepada generasi akan datang.

“Saya harap dengan kesedaran dan keinsafan, dalam masa seminggu kita akan bagi arahan seterusnya di peringkat negeri,” katanya ketika berucap pada Konvokesyen Pilihan Raya Keadilan 2022, hari ini.

Beliau turut memberikan peringatan semua calon memasuki PRU Ke-15 adalah dengan dengan matlamat dan niat yang betul.

Tegas Rafizi, pengajaran telah membuktikan sejak 2018 apabila kerajaan demi kerajaan jatuh dengan mementingkan kuasa seterusnya mencatatkan sejarah sebagai pimpinan-pimpinan negara yang singkat.

“Kita masuk PRU, saya ingatkan niat dan matlamat kena betul. Bukan sebab jawatan dan habuan sebaliknya tanggungjawab dan amanah kerana kita sedar kerosakan yang berlaku dalam kalangan kita,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI