fbpx

2 lelaki disyaki ahli sindiket seleweng minyak diesel ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan terbabit.

KAJANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor bersama Pasukan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman menahan dua lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan minyak diesel menerusi satu serbuan di sekitar Semenyih di sini.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, pihak KPDNHEP Cawangan Kajang, Selangor telah menerima satu kes serahan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 semalam, lebih kurang pukul 11.00 pagi.

Jelasnya, kes tersebut disyaki melibatkan aktiviti penyelewengan barang bersubsidi bahan api jenis diesel di lokasi sasaran serbuan iaitu sekitar Semenyih, Selangor.

“Hasil kes serahan daripada Pasukan Khas, polis telah menahan dua lelaki Orang Kena Tangkap (OKT) warganegara Malaysia berusia lingkungan 35 hingga 45 tahun.

“Siasatan awal mendapati OKT gagal mengemukakan sebarang dokumen atau kebenaran dari Pengawal Bekalan bagi menyimpan dan berurusniaga barang kawalan iaitu diesel dan petrol,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, sebanyak 47 tong IBC (Intermediate Bulk Containers) berkapasiti 1,000 liter dan 31 tong berisi cecair disyaki minyak diesel dengan anggaran jumlah keseluruhan 31,000 liter telah dirampas dalam serbuan tersebut.

“Dua buah kenderaan turut disita iaitu sebuah lori dan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda serta barang kes seperti lain-lain instrumen yang disyaki digunakan dalam aktiviti penyelewengan,” ujarnya.

Zuhairy berkata, anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM163,550.

Menurutnya, kes diambil dan disiasat berhubung kesalahan disyaki dilakukan di bawah AKB 1961 dengan potensi kesalahan Seksyen 21 AKB 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) PPKB 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI