fbpx

Rosmah melambai ke arah Najib sebelum berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah ketika di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini. FOTO FAIZ ALIF AHMAD ZUBI

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor melambai ke arah suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum bekas Perdana Menteri itu dibawa pergi menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam selepas keluar dari Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Sebaik SUV yang membawa Najib itu menghampiri, Rosmah dan beberapa individu lain di pekarangan luar Mahkamah Tinggi, mereka dilihat melambai ke arah kenderaan itu dengan wajah kesayuan.

Rosmah sebelum itu turut hadir bagi mengikuti perbicaraan Najib atas tuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pagi tadi.

Najib kemudiannya diiringi motosikal dan kereta polis serta kenderaan penjara untuk kembali ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman hari ketiga selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn. Bhd.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI