fbpx

PM deklamasi puisi Keluarga Malaysia sempena Jelajah Puisi Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PUTRAJAYA – Buat julung kali, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadiri acara kemuncak Jelajah Puisi Merdeka Keluarga Malaysia 2022 yang diadakan di ibu negara malam ini.

Menurut jurucakap Persatuan Penyair Malaysia (Penyair), Perdana Menteri turut dijangka tampil khas bagi mendeklamasikan puisi bertajuk Keluarga Malaysia hasil daripada nukilan dirinya sendiri.

“Persembahan istimewa tersebut akan disusuli dengan beliau kemudiannya melancarkan pula koleksi Lagu Puisi Keluarga Malaysia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Program jerayawara itu dianjurkan bersama oleh pihak Penyair dengan kerjasama Institut Kepimpinan Kamarzaman (IKK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Hotel Royale Chulan.

Siri pertama jelajah tersebut bermula di Universiti Putra Malaysia pada 8 Ogos lepas, diikuti Universiti Malaysia Perlis (13 Ogos) dan terbaharu di Universiti Malaysia Sarawak (20 Ogos).

Penutup program berkenaan pula ujarnya, akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah pada 14 September depan iaitu genap dua hari menjelang tarikh sambutan Hari Malaysia 2022.

Kali terakhir Ismail Sabri mendeklamasikan puisi ialah pada 2016 bertajuk Wahai Anak dalam program Bintang Berpuisi II anjuran Utusan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Untuk kemuncak jelajah pada malam ini, hadirin akan dipersembahkan dengan trio puisi pembukaan oleh Razali Mohd.Yusof, Dr. Jessica Ong Hai Liaw dan Dr. Raja Rajeswari Seetha Raman.

“Ini disusuli dengan deklamasi puisi pertama oleh Presiden Penyair, Datuk Rahman Shaari sendiri yang baru diumumkan sebagai Sasterawan Negara Ke-15 pada 22 Jun lalu,” jelasnya.

Penyair ujarnya, berharap dengan penganjuran siri program tersebut akan terus dapat lagi memartabatkan status kesusasteraan dan Bahasa Melayu bersempena Bulan Kebangsaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI