fbpx

[VIDEO] Mabuk punca adik rosakkan kereta abang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan suspek sedang merosakkan kereta milik abangnya di kawasan Flat Sri Perak, dekat Sentul, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki berada dalam keadaan mabuk bertindak merosakkan kereta milik abang sendiri yang diparkir di kawasan Flat Sri Perak, Sentul dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan semalam berhubung insiden cermin kereta miliknya telah dipecahkan.

“Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 5.17 petang kelmarin yang mana ia dilakukan oleh adik pengadu sendiri yang berada dalam keadaan mabuk.

“Suspek yang berumur 24 tahun bertindak memecahkan cermin kereta dengan membaling objek dipercayai batu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek juga merosakkan pemegang pintu kereta dan mencabut bilah penggelap cermin (wiper) hadapan kereta tersebut.

Jelas beliau, pihak polis sedang berusaha mengesan suspek yang disyaki telah melarikan diri selepas insiden tersebut.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI