fbpx
APM Kuala Pilah membantu menenangkan wanita yang mengalami kesakitan ketika aktiviti pendakian di Gunung Angsi semalam./ IHSAN APM

Wanita kena rasuk di Gunung Angsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menenangkan wanita yang pada mulanya mengalami kesakitan ketika aktiviti pendakian di Gunung Angsi, di sini, sebelum dipercayai dirasuk, petang semalam.

Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan dari orang awam berhubung kejadian berkenaan.

“Seramai enam anggota diketuai oleh Sarjan (PA) Mazni Abdul Wahab dikejarkan ke lokasi kejadian di Taman Rekreasi Ulu Bendul dan setibanya dilokasi didapati seorang mangsa lelaki telah berada di bahagian tempat letak kenderaan.

“Anggota ke lokasi empangan membawa turun mangsa wanita dalam lingkungan usia 40 an yang ditemani lima orang rakannya. Mangsa mengalami lemah badan dan luka kecil di ibu jari kakinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian ditenangkan oleh anggota penyelamat dan pada pukul 7.30 petang mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR