fbpx

Sharnaaz Ahmad pun ‘tarbiah’ Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ mendakwa Aliff Syukri perlukan nasihat profesional.

SEJAK kebelakangan ini, nama Datuk Aliff Syukri menjadi bualan hangat netizen.

Mana tidaknya, banyak sungguh cerita sensasi yang dicetuskannya. Sampaikan tidak sempat bernafas para media dibuatnya.

Bukan sahaja geng penyanyi, rupa-rupanya cerita tentang Aliff turut menarik perhatian golongan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad yang kata Aliff perlukan bantuan profesional.

“Ini baru betul-betul masalah. Awak cuma perlukan bantuan daripada golongan profesional.

“Orang sayang sebab itu mereka tegur. Awak sudah ketagih perhatian dan populariti, semua itu akan ‘membunuh’ awak kelak,” katanya.

Mendalam sungguh komen tersebut, namun itulah realiti yang seharusnya disedari Aliff.

Penat juga nak hadap permohonan maaf setiap kali melakukan kontroversi murahan.

Harap Aliff boleh tonjolkan kematangan sikit walaupun untuk konten media sosial.

MIZZ LAHAR: Terkadang pelik dengan fesyen zaman sekarang. Tak kisahlah atas tiket seni atau ekspresi ke apa tapi kalau pakai sampin, seluar pendek dan bersongkok, seni fesyen apakah?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI