fbpx

Aliff Syukri pulang takhta penyanyi nombor satu kepada Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari video yang dikongsikan di akaun TikTok AS Hijab.

PETALING JAYA – Selepas dimarahi ibunya, Bonda Rozita, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, mengambil keputusan untuk memulangkan semula takhta penyanyi nombor satu Malaysia kepada Datuk Siti Nurhaliza.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok butik AS Hijab, ibu kepada Aliff Syukri datang untuk melawat menantunya yang baru sahaja selamat melahirkan.

Pada masa yang sama, Bonda Rozita sempat menegur berkenaan isu Aliff Syukri yang mengakui dirinya merupakan penyanyi nombor satu di Malaysia dan bukannya Datuk Siti Nurhaliza.

“Bodoh lah kau ni, nasib baik Datuk Siti tak kecil hati,” kata Bonda Rozita.

Tambahnya, Aliff Syukri sedar akan gelaran penyanyi No. 1 Malaysia yang dimiliki oleh Datuk Siti dan hanya berniat untuk bergurau sahaja, ujarnya.

Menurut Aliff Syukri, dia juga ingin meminta maaf kepada Datuk Siti atas gurauannya sebelum ini.

“Saya minta maaf sebab tak sengaja lukakan hati awak, disebabkan mak saya dah marah saya. Awak jadilah No. 1, saya redha saya serahkan anugerah kepada awak semula,” katanya.

Video berdurasi lebih empat minit berkenaan, berjaya meraih minat orang ramai yang rata-ratanya terhibur dan teruja melihat kemesraan antara anak dan ibu berkenaan.

“Dia ni nampak sangat menghormati mak dia, tak pernah melawan. Macam budak kecik je mak dia buat,” komen Fentry Kejora.

“Aku rasa isteri dia mesti asyik gelak je dengan dia. Gembira je. Terhibur aku,” komen Zara Kaseh.

Video tersebut menjadi tular dengan tontonan sebanyak 171,000, 7,098 tanda suka dan 100 komen di aplikasi TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI