fbpx

Lelaki pengsan akibat putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan seorang lelaki pengsan akibat putus cinta. - Instagram/duniapunyacerita

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indoensia memaparkan kejadian seorang lelaki menangis sehingga pengsan akibat ditinggalkan kekasihnya selepas bercinta selama tujuh tahun, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @duniapunyacerita.

Lelaki itu dikatakan mempercayai teman wanitanya sehingga sanggup membenarkan gadis tersebut memegang kad bank miliknya. Akaun bank itu dikatakan mempunyai wang gajinya selama enam tahun.

Dalam video tersebut, dia kelihatan tidak berdaya dan lesu ketika dikelilingi keluarga yang cuba memberi semangat. 

Tangisannya berlarutan di luar rumah sehingga tertelungkup di atas tanaman manakala dua wanita kelihatan cuba menenangkannya. 

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sabar bang, past diganti dengan yang lebih baik,” kata seorang netizen.

“Wanita paling setia hanyalah ibu,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI