fbpx

Kang Tae-oh sudah popular, ibu berhenti kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG TAE-OH

BENARLAH kata orang, sesebuah kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai.

Terkadang usaha yang perlu diberikan memakan masa hingga bertahun sebelum kemanisannya dapat dinikmati bersama.

Sama juga seperti aktor Kang Tae-oh yang berjaya menempa nama selepas 10 tahun menghambakan diri dalam industri lakonan.

Membuat pemilihan yang bijak, drama fenomena Extraordinary Attorney Woo menjadi penyelamat buat lelaki kacak itu lebih-lebih lagi kepada kesinambungan kerjayanya.

Bukan sahaja bersyukur atas kejayaan sendiri, bekas anggota kumpulan 5URPRISE itu turut memastikan agar kehidupan keluarganya turut terjamin hasil kejayaan yang dikecapi.

Dalam sebuah temu bual, Tae-oh mengakui bahawa ayahnya bekerja sebagai pemandu bas di Incheon, manakala ibunya bekerja di sebuah sauna.

“Terima kasih atas populariti dan kasih sayang yang diberikan, saya mampu memberikan hadiah dan ubah kehidupan keluarga.

“Ibu saya juga sudah berhenti kerja setelah dipujuk untuk tidak lagi bekerja. Cuma ayah tidak dapat berbuat demikian kerana masih terikat dengan kontrak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI