fbpx

Penyu laut terkecil ditemui selepas 75 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyu laut Ridley Kemp yang baru menetas memasuki Teluk Mexico dari Kepulauan Chandeleur di Louisiana. – CPRA

BATON ROUGE, LOUISIANA – Anak penyu Ridley Kemp iaitu spesies penyu paling kecil di dunia, ditemui buat pertama kali dalam tempoh  75 tahun di Kepulauan Chandeleur, dalam negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Wion News kelmarin. 

Pakar-pakar Pusat Perlindungan Hidupan Liar Negara Breton menemui lebih 53 penyu berkenaan dan dua anak penyu hidup yang bergerak ke arah laut, demikian menurut kenyataan akhbar Pihak Berkuasa Perlindungan dan Pemulihan Pantai Louisiana (CPRA).

Pakar-pakar juga menemui penyu tempayan yang terancam bersarang di kepulauan itu bersama-sama spesies Ridley Kemp.

Jun hingga Julai adalah bulan paling sibuk untuk penyu laut bersarang dengan kebanyakan telur penyu menetas dalam masa 50 hingga 60 hari.

Penyu Ridley Kemp adalah spesies terancam.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara menyatakan, Teluk Mexico menjadi lokasi utama di mana kebanyakan penyu boleh ditemui.

Berpuluh-puluh ribu penyu bertelur di Rancho Nuevo, Teluk Mexico sekitar permulaan abad ke-20 yang menyaksikan ledakan populasi haiwan itu.

Bagaimanapun, bilangan penyu berkurangan dengan ketara antara pertengahan tahun 1900-an hingga 1980-an, dengan bilangan penyu betina meningkat cuma beberapa ratus ekor.

Kemusnahan habitat, pemangsa semula jadi yang memakan telur penyu, dilanggar oleh kapal laut, pencemaran maritim dan perubahan iklim merupakan faktor yang mengancam penyu Ridley Kemp.

Ancaman utama lain termasuk penangkapan oleh nelayan atau penuaian telur penyu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI