fbpx

Jalur Gemilang 23 meter meriahkan perarakan merdeka SK Senaling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Perarakan Semarak Merdeka SK Senaling, Kuala Pilah hari ini yang melibatkan penyertaan murid, guru, ibu bapa dan masyarakay sekitar.

KUALA PILAH – Program sambutan kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Senaling di sini meriah apabila ia turut melibatkan ibu bapa dan komuniti sekitar sekolah berkenaan.

Lebih menarik, Program Perarakan Semarak Merdeka SK Senaling itu juga melibatkan perarakan Jalur Gemilang yang sepanjang 23 meter serta kumpulan kayuhan basikal klasik.

Guru besar sekolah terbabit, Fatimah Ab Kadir, 52, berkata, program perarakan itu merupakan julung kali diadakan dan melibatkan penyertaan kira-kira 500 orang terdiri daripada murid-murid, guru, ibu bapa dan penduduk kampung serta hasil kerjasama Pejabat Penerangan Kuala Pilah.

“Perarakan bermula di dari sekolah ke Masjid Kariah Senaling yang sejauh tiga kilometer. Selain perarakan, turut diadakan pertandingan pakaian beragam bagi pelajar, guru, dan ibu bapa yang terlibat, serta ceramah mengenai kemerdekaan.

“Semua aktiviti yang diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar dan semua yang terlibat mengenai kemerdekaan negara dalam sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Kelab basikal Tua Negeri Sembilan, Amran Yahya, 54, berkata, pihaknya menerima undangan daripada pihak sekolah untuk terlibat sama dalam program berkenaan bagi memperkenalkan basikal klasik kepada pelajar dan komuniti setempat.

“Seramai 20 orang ahli kelab menyertai program hari ini dan kami berharap program ini semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan komuniti sepanjang bulan kemerdekaan ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI