fbpx

Biar bosan janji menang – Bojan Hodak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HODAK (kiri) berdepan dilema untuk membuat pilihan terbaik menjelang aksi menentang PSM Makassar pada aksi final Zon ASEAN Piala AFC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

PENGENDALI Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak tidak kisah untuk bermain de­ngan cara membosankan jika ­pilihan itu mampu menghadirkan kemenangan ke atas PSM Makassar pada aksi final Zon ASEAN Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Walaupun cukup mengenali barisan pemain dimiliki PSM Makassar, jurulatih dari Croatia itu tetap waspada de­ngan helah yang akan digunakan rakan sejawatnya, Bernardo Tavares.

“Kedua-dua pasukan saling mengenali antara satu sama lain. Saya juga kenal kira-kira 90 peratus pemain mereka, namun tetap berasakan ia akan jadi perlawanan sukar kerana kedua-dua pasukan sentiasa bekerja keras.

“Mungkin dari aspek taktikal, penyokong tidak akan menikma­tinya, namun yang penting kami mampu memenangi perlawanan itu. Orang tidak akan ingat pasukan mana ke final, tetapi orang akan ingat pemenang,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan semalam.

Pada perlawanan Kumpulan H sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, namun berdasarkan prestasi semasa pasukan termasuk menyingkirkan Viettel FC di pusingan separuh akhir Zon ASEAN, Hodak turut mengakui yang beliau kini berdepan dilema untuk membuat pilihan terbaik.

Selain itu, Hodak berpendapat PSM Makassar akan menampilkan skuad berlainan berbanding pasukan yang dihadapi pada aksi pertama Kumpulan H, 24 Jun lalu.

“Mereka memiliki pemain laju khususnya di bahagian sayap dan mereka tidak ubah seperti motosikal, mampu turun naik. Jika diberi peluang, saya percaya mereka akan mampu menghadirkan situasi bahaya.

“Sebelum ini juga mereka belum memulakan saingan liga di Indonesia, namun kini mereka sudah beraksi lima perlawanan.

“Sudah pasti mereka akan bertambah baik dan masalah saya sekarang untuk memilih pemain terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI