fbpx

28 ekor lembu mati akibat diracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lembu yang ditemui mati disyaki diracun di Kampung Teresek, Pasir Mas baru-baru ini.

PASIR MAS – Sebanyak 28 ekor lembu daripada baka charolais termasuk ternakan yang sedang bunting mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun dalam kejadian Kampung Teresek di sini pada Sabtu lalu.

Kejadian itu menyebabkan lapan penternak mengalami ke­rugian kira-kira RM50,000.

Seorang penternak, Ismail Husin, 62, berkata, bangkai lembu-lembu itu dijumpai dalam kea­daan mulut berbuih di sebuah kawasan lapang yang terletak kira-kira 300 meter dari kandang­nya.

Menurutnya, kejadian itu di­ketahuinya pada minggu lalu selepas dimaklumkan oleh salah seorang rakan yang juga penternak lembu tersebut.

“Luluh hati apabila melihat 13 ekor lembu milik saya sudah mati. Paling menyedihkan apabila ada dalam kumpulan lembu itu sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak.

“Kami tidak menolak kemungkinan semua ternakan ini diracun selepas menemui beberapa bekas air yang dicampur dengan baja padi berada di sekitar kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! kelmarin.

Ismail memberitahu, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya sepanjang 20 tahun bergelar penternak lembu.

“Kami tidak tahu apa niat sebenar pelaku terbabit sehingga sanggup meletakkan bekas air yang mengandungi racun itu.

“Susulan kejadian itu, saya te­lah membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas baru-baru ini kerana mengesyaki ada unsur khianat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI