fbpx

Panjat pokok pinang berani, hendak turun seriau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki tidak berani turun selepas memanjat pokok pinang. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang takut untuk turun setelah memanjat sebatang pokok pinang, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun Intagram @andreli_48.

Kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan menyertai acara perlumbaan memanjat pokok pinang pada 17 Ogos lalu. 

Peserta perlu membentuk tangga manusia untuk sampai ke puncak pokok itu.

Perkara berbeza berlaku terhadap peserta lelaki itu apabila dia tidak berani untuk turun setelah sampai ke puncak. 

Lelaki yang hanya berseluar pendek itu duduk mencangkung dan memeluk batang pokok pinang.

Kelihatan sebuah jengkaut berwarna hijau menuju ke arahnya, manakala rakan-rakan bersorak dan mengejeknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu berjaya turun setelah dibantu jengkaut tersebut. 

Kejadian itu dirakam oleh seorang penduduk dan disaksikan ramai penduduk setempat.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Macam kucing saya, boleh panjat tetapi tak boleh turun,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI