fbpx

Nooryana mohon maaf pada Najib, janji tidak akan berehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nooryana memegang erat tangan bapanya, Najib ketika hadir ke Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.

PETALING JAYA – “Saya minta maaf daddy.”

Demikian luahan Nooryana Najwa yang juga anak Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran pada Instagram miliknya hari ini.

Malah, Nooryana Najwa turut memuat naik gambar memegang tangan Najib dipercayai sewaktu di dalam mahkamah.

“Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada sistem keadilan kita.

“Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati tujuan kita, sehingga kita melawannya selama empat tahun,” katanya.

Dalam pada itu, dia mendakwa, bapanya tidak mendapat keadilan pada hari ini selain mereka tidak berpeluang untuk memperjuangkannya.

“Tetapi ‘Bossku’ tidak berakhir di sini.

“Saya berjanji (kepada daddy) bahawa mummy (Datin Seri Rosmah Mansor), Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga serta orang-orang yang lain tidak akan berehat sehingga anda selamat kembali bersama kami dan keadilan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI