fbpx

Gerak tengah malam ke Putrajaya demi Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyokong Najib dari Felda Chini yang sanggup datang ke Putrajaya demi memberikan sokongan kepada beliau

PUTRAJAYA – Penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sanggup mengorbankan waktu tidur mereka apabila memulakan perjalanan seawal pukul 12.30 tengah malam tadi dari Chini, Pahang untuk ke Putrajaya.

Mereka bergerak dari Felda Chini ke Mahkamah Persekutuan di sini dengan menaiki empat buah bas yang disewa khas dan tiba pada pukul 6 pagi tadi.

Menurut seorang penyokong, Siti Khodijah Abu Bakar, 37, kesanggupan untuk datang ke Putrajaya itu diibaratkan hanya ‘biasa-biasa’ sahaja jika dibandingkan dengan jasa Najib kepada rakyat.

“Ini pengorbanan saya untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Najib. Beliau banyak berjasa kepada rakyat khususnya kami penduduk Felda Chini.

“Beliau banyak berjuang buat kami, jadi kerana itulah saya di sini pada hari ini. Apa jua keputusan, saya tetap akan menyokong beliau,” katanya kepada Kosmo!.

Siti Khodijah berkata, dia juga sanggup menutup perniagaannya hari ini semata-mata mahu datang ke Putrajaya untuk memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Kami sewa bas ramai-ramai untuk datang ke sini, malah ada yang sanggup bayar tambang RM50 untuk turut serta. Ini demi untuk memberikan sokongan kepada Najib,” ujarnya.

Seorang lagi penyokong, Salmah Mohamad,60, memberitahu, segala keputusan bakal diputuskan oleh mahkamah hari ini diterima dengan hati terbuka.

“Apa jua keputusan buat Datuk Seri Najib, kami akan tetap menyokong beliau. Sejak 2018 lagi ketika Barisan Nasional (BN) kalah, sokongan tetap diberikan kepadanya.

“Bagaimanapun, kami berharap biarlah keputusan itu kelak memihak kepada beliau. Kami mahu dia kembali untuk rakyat Malaysia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI