fbpx

Sambut merdeka di majlis perkahwinan rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki hadir ke majlis perkahwinan rakannya dengan pakaian patriotik. - Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menjadi sensasi internet apabila hadir ke majlis perkahwinan rakannya dengan pakaian seperti pejuang kemerdekaan Indonesia, lapor laman Suara.com, semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, tindakan lelaki itu berpakaian patriotik adalah kerana majlis tersebut berlangsung pada tanggal 17 Ogos iaitu bersamaan Hari Kemerdekaan Indonesia.

Semasa tiba di majlis perkahwinan, lelaki itu dengan pantas mencuri tumpuan tetamu kerana berbaju warna merah putih, dengan wajahnya disapu ubat seolah cedera dan terpaksa digendong ke pelamin sambil menjerit laungan merdeka.

“Meraikan perkahwinan sambil merayakan sambutan kemerdekaan,” tulis kapsyen Instagram.

Meskipun perbuatannya membuat tetamu lain sedikit kekok namun ia ternyata memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah berjaya menarik jumlah tontonan sehingga 17,000 kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI