fbpx

[KEMASKINI] Dendam punca lelaki Bangladesh mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTIF dendam dipercayai menjadi punca lelaki warga Bangladesh ditemui mati dibunuh di tempat meletak kereta di hadapan Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru di sini malam tadi.

BALIK PULAU – Polis mengesahkan kematian seorang lelaki warga Bangladesh yang mayatnya ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian kiri perut di luar Astaka Bukit Gedung, Bayan Baru di sini malam tadi dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pergaduhan berlaku pada pukul 11 malam dan bergegas ke lokasi berkenaan.

“Polis menemui seorang lelaki warga asing dalam keadaan terbaring akibat mengalami kecederaan tikaman pada badan dan disahkan telah meninggal dunia.

“Susulan kejadian tersebut, polis berjaya menahan empat lelaki warga asing berusia 31 hingga 45 tahun di sekitar lokasi kejadian terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurutnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 28 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan penemuan mayat seorang lelaki warga Bangladesh dengan kesan tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam di tempat meletak kereta di hadapan kompleks makanan tersebut.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui terbaring dalam keadaan cedera parah dan lengkap berpakaian baju-t serta berseluar jeans. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI