fbpx

Ibu minta buat pinjaman bayar hutang kad kredit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Baru menjawat jawatan tetap sebagai guru kerajaan namun, tidak mampu membuat simpanan gara-gara ibu meminta membuat pinjaman untuk melangsaikan hutang kad kredit berjumlah RM20,000.

Malah, perancangannya untuk membeli rumah musnah kerana gaji diterima setiap bulan habis diperuntukkan buat komitmen diri dan keluarga.

Kisah itu dikongsikan oleh pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran Facebook.

“Wanita itu rancang untuk beli rumah, tapi baru-baru ini ibunya minta buatkan pinjaman RM20,000 untuk bantu langsaikan hutang kad kredit.

“Dia serba salah, dalam dilema antara bantu ibu atau beli rumah pertama. Sekarang dia tinggal di rumah keluarganya, jadi rasa terhutang budi dan perlu untuk bantu keluarga juga,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya lagi, ibu kepada wanita itu merupakan pesara guru manakala, bapanya pesara pensyarah universiti awam sekali gus bukan dalam kalangan keluarga susah.

“Bagaimanapun, tabiat kewangan yang tidak begitu cantik menyebabkan sering berhutang,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI