fbpx

Beberapa dokumen laporan Audit Forensik LCS dinyahklasifikasikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

PETALING JAYA – Beberapa dokumen penting yang terkandung dalam laporan Audit Forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai perolehan enam buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dinyahklasifikasikan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui hantaran di Facebooknya berkata, perkara tersebut dilakukan selaras keputusan jemaah menteri untuk menyahklasifikasikan beberapa dokumen penting dalam laporan tersebut.

“Selaras keputusan Jemaah Menteri untuk ‘declassify’ laporan Audit Forensik dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) mengenai #LCS; Lembaga Pengarah BHIC telah bermesyuarat dan setuju dokumen tersebut dinyahklasifikasikan.

“Ia boleh didapati di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menerusi pautan di bawah :-
https://www.parlimen.gov.my/pac/publication-details.html,” jelasnya sebentar tadi.

Terdahulu, bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan bekas timbalannya Liew Chin Tong menyeru agar Hishammuddin dan kerajaan membuat keputusan di mesyuarat kabinet untuk nyahklasifikasikan beberapa dokumen penting supaya seluruh rakyat Malaysia lebih memahami isu di belakang skandal LCS dan bersama mencari jalan penyelesaian.

Dalam satu kenyataan bersama sebelum ini, mereka berkata tanpa nyahklasifikasi dokumen-dokumen terlibat, banyak soalan akan kekal tidak terjawab. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI