fbpx

Teh hitam bantu turunkan berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tabiat meminum teh hitam dan teh oolong mampu menurunkan berat badan dan mencegah obesiti. - Getty Images

LONDON – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa  beberapa jenis teh berupaya membantu individu untuk mengurangkan berat badan terutamanya pada bahagian perut, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Antaranya ialah teh hitam yang mempunyai kandungan kafein tertinggi dalam ‘keluarga’  teh. Ia  dikaitkan dengan keupayaan menghilangkan lemak tersembunyi atau dikenali sebagai lemak visceral.

Teh hitam juga kaya dengan flavonoid yang dipercayai pakar-pakar  kesihatan adalah faktor lain untuk penurunan berat badan.

Kajian  selama 14 tahun melibatkan 4,280 orang dewasa mendapati bahawa mereka  yang mengambil lebih banyak flavonoid dalam sama ada makanan atau minuman, mempunyai indeks jisim badan (BMI) lebih rendah.

Kajian yang diterbitkan jurnal National Library of Medicine itu mengkaji kesan teh hitam pada komposisi badan dan metabolisme.

Penyelidikan itu melibatkan peminum teh lelaki dan wanita biasa yang minum tiga cawan teh hitam sehari.

“Pengambilan teh hitam secara kerap selama tiga bulan oleh peserta didapati menghalang penambahan berat badan, mengurangkan lilitan pinggang dan nisbah pinggang ke pinggul.

“Kajian kami menunjukkan bahawa pengambilan teh hitam secara berkala dalam jangka pendek selama tiga bulan menghalang berat badan bertambah,” demikian menurut kajian tersebut.

Satu lagi j teh yang boleh mengurangkan berat badan adalah teh oolong yang merupakan teh tradisional masyarakat China.

Ia  terbukti membantu menghilangkan lemak tersembunyi berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap haiwan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI