fbpx

Fahami dan sokong keperluan bajet Kementerian Kesihatan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI Yaakob (dua dari kiri) melawat seorang kanak-kanak yang ditempatkan di Hospital Bera di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat kewajaran bagi meningkatkan lagi bajet kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha memperkasakan lagi aspek kesihatan negara.

Beliau berkata, pelbagai cabaran termasuklah berhadapan negara tua menjelang 2024 yang memerlukan bajet tambahan dalam aspek kesihatan.

“Saya ingat YB KJ (Khairy Jamaluddin) minta lima peratus daripada GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar). Sekarang ini 2.5 peratus, ada separuh lagi.

“Jadi tidak apalah. EPU (Unit Perancangan Ekonomi) akan lihat perkara ini. Insya-Allah kalau tak tambah begitu drastik sekurang-kurangnya akan ada sedikit pertambahan tahun ini,”katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hospital Bera di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, beliau memahami pelbagai cadangan dibuat Kementerian Kesihatan yang memerlukan peningkatan bajet dan menyokong usaha yang dilakukan kementerian itu.

Justeru katanya, beliau akan memberikan perhatian dan pertimbangan sewajarnya kepada program yang mempunyai sentuhan terhadap rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI