fbpx

Tiada pilih kasih bantu kerajaan, rakyat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (enam kanan) ketika menyampaikan sijil kepada penerima pada majlis graduasi program bimbingan INSKEN, malam ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Peruntukan RM6.3 bilion diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan dan projek tebatan banjir di Selangor membuktikan tiada istilah ‘pilih kasih’ bagi membantu rakyat negeri itu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pelbagai bantuan sentiasa disalurkan kepada Kerajaan Selangor biarpun berbeza tampuk pemerintahan dan ideologi politik.

Katanya, isu banjir semestinya menjadi fokus utama yang membelenggu rakyat negeri ini sejak sekian lama.

“Itu antara faktor kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM4.7 bilion bagi projek tebatan banjir dalam tempoh jangka masa panjang.

“Walaupun tidak berada dalam kerajaan yang sama, kita tetap terus mendahulukan keperluan dan kebajikan rakyat termasuk di negeri pembangkang,” katanya selepas merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) 2022 di sini, malam ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI