fbpx
SKUAD memanah compound negara berjaya menyumbang emas pertama negara pada temasya Sukan Perpaduan Islam 2021 di Konya, Turkiye kelmarin.

Memanah sumbang dua emas di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PEMANAH negara, Mohd. Juwaidi Mazuki mencipta sensasi tersendiri apabila membutirkan dua pingat emas buat Malaysia pada temasya Sukan Perpaduan Islam 2022 di Konya, Turkiye.

Juwaidi, dia tidak menjangka trio compound lelaki kebangsaan mampu meraih pi­ngat emas pada aksi itu yang berlangsung kelmarin.

Ia adalah pingat emas pertama buat kontinjen negara dalam penyertaan edisi kelima temasya sukan berkenaan yang berakhir semalam sejak membuka tirai­nya pada 9 Ogos lalu.

Juwaidi bersama Eugene Loh dan Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli mencipta kejutan apabila menang 229-228 ke atas trio Indonesia yang diwakili Deki Adika Hastian, Hendika Pratama Putra serta Prima Wisnu Wardhana.

“Saya rasa sangat terkejut kerana kejayaan ke final ini sebenarnya adalah satu bonus buat kami. Apatah lagi apabila kami menang pingat emas acara ini.

“Saya percaya kejayaan ini memberikan pengalaman yang bernilai kepada Eugene dan Alang untuk mereka meraih pencapaian di peringkat lebih tinggi selepas ini,” kata Juwaidi.

Sementara itu, Juwaidi turut meraih emas keduanya selepas menjua­rai kategori compound individu selepas menewaskan pemanah Iran, Mohammad Saleh Palizban 148-137 pada final semalam.

Dalam perkembangan sama, Juwaidi turut membawa pulang satu lagi pi­ngat gangsa bersama Nur Aina Yasmine Halim dalam acara berpasukan campuran.

Kontinjen negara turut mengutip satu perak menerusi Nur Aisyah Zubir dalam acara scratch berbasikal wanita, manakala dua gangsa dimenangi atlet lompat bergalah, Nor Sarah Adi dan Eizlan Dahalan (lompat tinggi).

POPULAR

BERITA BERKAITAN