fbpx

STPM : Calon lulus penuh Kedah atasi pencapaian kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Prestasi calon lulus penuh bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Kedah menurun sebanyak 0.04 peratus bagi 2021 berbanding 2020.

Menurut Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad, walau bagaimanapun pada kadar lulus penuh 98.92 peratus itu, calon di negeri ini berjaya mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan iaitu 98.63 peratus.

“Dalam peperiksaan STPM 2021, peratusan calon yang lulus penuh bagi Kedah ialah 2,563 (98.92 peratus) berbanding 3,036 (98.96 peratus) bagi 2020 dengan penurunan sebanyak 0.04 peratus.

“Pencapaian ini walau bagaimanapun berjaya mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan, 98.63 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kata beliau, sebanyak 40 sekolah berjaya mencapai 100 peratus lulus penuh dan seramai 58 calon yang menduduki STPM 2021 memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

“Kesemua 58 calon cemerlang yang mendapat PNGK 4.0 akan turut menerima anugerah sijil kecemerlangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI