fbpx

Sonno ‘syarikat tidur’ buka butik flagship di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Miceli (dua dari kanan) pada majlis memotong riben sebagai simboli pelancaran butik flagship Sonno di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Sonno ‘syarikat tidur’ membuka butik flagship pertamanya di pusat beli-belah Publika untuk memberi peluang kepada para pelanggannya merasai dan mengalami sendiri koleksi kelengkapan tidur lengkap yang ditawarkan syarikat ini. 

Butik yang dikenali sebagai Sonno Sleep House itu direka dengan penuh teliti dengan meliputi tiga buah bilik tidur yang luas dalam bentuk sebuah rumah bagi memberikan keselesaan yang diperlukan untuk pelanggan menguji tilam-tilamnya.

Pakar-pakar tidur yang bertugas sebagai wakil jualan Sonno juga akan menyambut pelanggan dengan menggayakan pijama bagi membantu proses pembelian dan memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli berkata, butik ini menjadi satu langkah penting kepada usaha kami dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar menerusi pelbagai saluran yang berbeza. 

“Pengalaman ini boleh dinikmati para pelanggan tanpa mengira sama ada mereka membeli secara dalam talian di laman web, menerusi platform pemesejan atau menerusi kedai fizikal kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena pelancaran butik Sonno semalam.

Sonno ditubuhkan pada tahun 2017 dengan misi tunggal untuk membantu orang ramai menikmati tidur yang lena dan hidup yang lebih bahagia. 

Syarikat ini bermula dengan menawarkan segulung tilam yang sempurna secara terus kepada pelanggan tanpa kos tambahan dalam bentuk komisen kepada pihak ketiga.

Selain itu, bersempena pelancaran butik tersebut, Sonno turut memperkenalkan koleksi tidurnya yang terkini, Sonno Signature Bed Frame, yang menandakan penyertaan Sonno dalam segmen perabot dan kelengkapan bilik tidur.

Diinspirasikan daripada reka bentuk Japandi yang menjadi trend mutakhir ini, reka bentuk rangka katil Sonno diperbuat 100 peratus daripada kayu getah asli Malaysia dan tidak mempunyai komponen logam. 

Katil ini direka bentuk secara khusus bagi membolehkan pelanggan memasangnya tanpa menggunakan sebarang peralatan. 

Selain itu, Miceli menerangkan, untuk perancangan masa depan, Sonno akan terus memanfaatkan data untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan, meluaskan kehadirannya secara fizikal dan memperkenalkan lebih banyak produk-produk baharu yang menarik dalam katalognya dalam suku keempat 2022. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI