fbpx

Selesai isu doktor kontrak, kini jururawat – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Dewan Perpatih, PPD Rembau, di sini, hari ini.

REMBAU – Isu kekurangan jururawat di negara ini sedang ditangani Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk menghentikan perlaksanaan morotarium di peringkat latihan kejururawatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, morotarium itu dilaksanakan beberapa tahun setelah didapati terdapat lambakan, namun kini didapati terdapat kekurangan bagi penjawatan jururawat.

“Ada beberapa fasiliti kesihatan yang mengalami kekurangan jururawat. KKM dalam proses mengisi jawatan-jawatan tersebut. Saya juga telah meminta lebih ramai lagi dilatih menjadi jururawat sebab di peringkat latihan berlakunya morotarium untuk beberapa tahun.

“Jadi di peringkat latihan itu kita minta hentikan morotarium dan penambahan dapat dilaksanakan seperti mana diperlukan di hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau di Dewan Perpatih, PPD Rembau, di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian bagi mengulas isu kekurangan jururawat di fasiliti KKM.

Menurut beliau, negara juga berhadapan dengan cabaran jururawat berhijrah ke negara luar untuk bekerja di sana.

“Saya dah bawa kepada satu penyelesaian isu doktor kontrak, lepas ni saya nak tengok pula soal jururawat, ada beberapa komitmen yang perlu dilaksanakan contoh jururawat yang sudah mendapat ijazah masih ada yang belum dinaikkan gred.

“Kedua, jururawat masyarakat yang sudah melalui latihan untuk menjadi jururawat juga kita perlu selaraskan gred mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kewajaran penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan khusus bagi mengisi kekosongan penjawatan dalam KKM, Khairy menyatakan langkah itu memerlukan penelitian.

“Kita kena lihat kesan pro dan kontranya sama ada ini masanya yang sesuai untuk mewujudkan suruhanjaya. Covid-19 telah mendedahkan beberapa kekurangan dalam sistem kesihatan. Perbincangan terperinci diperlukan sebelum mengetengahkan cadangan ini kepada kabinet,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI