fbpx
Neelofa menimbulkan salah faham dalam kalangan pengikut Elisya berhubung salah jantina anak perempuannya.

‘Kau dah kenapa Neelofa? Anak orang tu perempuan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selebriti terkenal Neelofa mengundang salah faham dalam kalangan peminat dan pengikut pelakon Elisya Sandha apabila tersalah jantina ketika memuji bayi perempuannya, Bunga Elhaq dalam media sosial.

Menerusi hantaran terbaharu Elisya bersama puteri sulungnya itu, Neelofa dilihat memberikan komen berbunyi: “Cheeky Boy Masya-Allah”, sekali gus membuatkan ramai pengikut menegur selebriti itu.

Rata-rata wargamaya memaklumkan bahawa Bunga sebenarnya berjantina perempuan dan bukannya lelaki seperti yang ditulisnya itu.

“Kau dah kenapa Neelofa? Anak orang itu (Elisya) perempuan. Bila masa dia lahirkan bayi lelaki?

“Aduhai ini bayi perempuan bukan lelaki wahai Puan Neelofa,” tulis pengikut adik kepada Fasha Sanda itu.

Pun begitu, ada juga segelintir wargamaya yang berpendapat Neelofa mungkin tersasul dan tersalah taip dalam komen yang ditinggalkannya itu.

Tidak setakat itu, wargamaya turut mengusik isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dengan bertanyakan soalan cepumas bila wajah anak lelakinya, Muhammad Bilal akan didedahkan kepada umum.

Sekadar info, Elisya dan anak sulung kepada penerbit dan pelakon popular Sheila Rusyly iaitu Uzair Haqimy bernikah pada Ogos tahun lalu.

Pasangan itu mengenal hati budi masing-masing selama lima tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

POPULAR