fbpx

Iman Health jenamakan produk sebagai Talia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pengedar Talia menerima pelbagai anugerah sempena ulang tahun syarikat ke-3 di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Iman Health and Beauty kini menjenamakan semula produknya kepada Talia sebagai usaha untuk mengu­kuhkan kedudukannya di pasaran tempatan.

Pengasas syarikat, Datin Thalia Baiduri berkata, melalui jenama baharu tersebut, syarikat akan terus menghasilkan produk berinovatif bagi memenuhi kehendak pelanggan.

“Syarikat mempelawa lebih ramai usahawan baharu menyertai kumpulan ini untuk menambah pendapatan bulanan melalui pelan pemasaran efektif,” kata­nya semasa berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-3 di sini baru-baru ini.

Bersempena penjenamaan tersebut, syarikat itu mahu menawarkan produk premium berkualiti pada harga berpatutan, selain dapat meningkatkan keterampilan pelanggan serta meningkatkan kualiti kesihatan badan mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI