fbpx

Elak keluar kenyataan sensitif- Reezal Merican

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican ketika berucap pada Majlis Pelancaran iDAM di Hotel Zenith, Putrajaya hari ini./ FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Pemimpin politik sama ada daripada UMNO atau Pas dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan bersifat sensitif yang sekali gus boleh mengeruhkan hubungan kedua-dua parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau secara peribadi lebih suka untuk tidak menggunakan media sebagai medium bagi menyuarakan pandangan yang bersifat sensitif.

“Jangan gunakan pihak ketiga untuk membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan kedua-dua belah parti kerana ia mungkin menyebabkan mereka terlajak kata dan boleh menyebabkan ada pihak terguris hati.

“Bukan saya nak salahkan media tapi kadang-kadang sesiapa pun bila ia datang dari pihak ketiga ia boleh jadi satu percanggahan,” katanya.ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM) dan penyampaian Anugerah bandar Berdaya Huni Tahun 2021 di sini hari ini.

Katanya, adalah lebih baik pandangan yang hendak diberikan dituju terus kepada parti kerana kedua-dua parti mempunyai hala tuju dalam soal muafakat dan perpaduan ummah.

Reezal Merican berkata, pemimpin kedua-dua parti juga tidak wajar untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh merosakkan hubungan parti.

Sebelum ini, media melaporkan UMNO Kedah membayangkan tidak akan bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di negeri itu.

Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dipetik berkata, sebelum ini UMNO memang bekerjasama dengan parti itu namun berasa kesal selepas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bahawa UMNO tidak sekuat dulu selain Pas yakin menambah jumlah kerusi dimenangi berbanding pada PRU-14 lalu.

Menurutnya, Muhammad Sanusi sepatutnya berunding dengan UMNO terlebih dahulu berhubung perkara itu dan bukannya membuat kenyataan di media.

Katanya, tindakan Muhammad Sanusi itu sebenarnya tidak sesuai kerana ia akhirnya akan menimbulkan pertelingkahan serta memburukkan lagi keadaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI