fbpx

Suami isteri warga emas dilanggar ketika melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang berlaku di Jasin semalam

JASIN – Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Bandar Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 64 tahun luka di beberapa bahagian kaki, tangan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, siasatan telah dilakukan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati kereta yang terlibat merupakan sebuah Proton Saga.

“Hasil semakan, pemandu merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun dan dalam perjalanan menghala ke pasar besar Jasin.

“Setiba di lokasi pemandu telah melanggar kedua-dua mangsa sehingga menyebabkan mereka terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pemandu dan mangsa bagaimanapun dipercayai mempunyai pertalian persaudaraan.

“Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan oleh pemandu Proton Saga berkenaan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ketika kejadian pemandu Proton Saga sedang leka bermain telefon bimbit,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 43(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI