fbpx

Mahkamah: Remaja lelaki 17 tahun didakwa seludup 25 migran Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup 25 warga Myanmar dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada remaja itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Ini kerana kes itu merupakan kesalahan keselamatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, remaja itu bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa telah melakukan penyeludupan migran seramai 25 orang warga Myanmar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Manjoi 3, Taman Sri Kuching, Sentul, di sini pukul 12.05 tengah hari pada 2 Ogos lalu.

Berikutan itu pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, dan boleh juga didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Zuraidi Zulkifli, manakala remaja itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu Muhamad Zuraidi ketika ditemui di luar mahkamah, pengakuan tidak direkodkan daripada remaja itu memandangkan pertuduhan berkenaan berada bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) iaitu dibicarakan bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

“Mahkamah kemudian menetapkan 17 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan izin untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

Media pada 3 Ogos lalu melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan bersama 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang ditemui berhimpit dalam sebuah MPV dipandunya ketika ditahan di Taman Sri Kuching di sini.

Sebelum ditahan, anggota polis yang membuat rondaan telah melihat sebuah MPV jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipandu dalam keadaan mencurigakan dan setibanya di Jalan Manjoi 3, Taman Sri Kuching di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI