fbpx
Imej gema radar.

Ribut petir di lima negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, kawasan di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh manakala, di Terengganu melibatkan Kemaman.

“Seterusnya, Pahang (Jerantut, Maran dan Kuantan), Sarawak pula iaitu Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan (Samarahan) dan Limbang (Lawas) manakala Sabah di pedalaman (Sipitang),” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Dalam pada itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR