fbpx

Pengarah syarikat didakwa lagi rasuah RM1.1juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah bernilai RM1.1juta berkaitan tender notis saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohd. Shazwan Shaharuddin, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dilakukannya pada tiga tahun lalu itu di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa menerima suapan berjumlah keseluruhan 1.1juta daripada seorang lelaki berusia 33 tahun.

Ini sebagai upah membantu mendapatkan tender bagi perkhidmatan membekal, memproses, mencetak dan mengepos notis saman PDRM kepada sebuah syarikat.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Setia Alam masing-masing pada 23 dan 31 Disember 2019.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi, sekiranya disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noralis Mat menawarkan ikat jamin RM500,00 dan syarat tambahan melaporkan diri setiap bulan ke Pejabat SPRM dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili
Mohd. Shazwan bagaimanapun memohon pengurangan berikutan anak guamnya itu memberi kerjasama baik dengan SPRM dan tiada risiko untuk melarikan diri.

Rozilah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM55,000 dengan dua penjamin dan membenarkan syarat tambahan pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 20 September depan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI