fbpx

Kali terakhir berlakon, Bella sudah mula tidak bersentuhan – Fedi Nuril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEDI (kanan) berharap Bella akan bertemu ketenangan hidup yang dicari selama ini.

PETALING JAYA – Sebagai seorang sahabat, pelakon Fedi Nuril menghormati keputusan Laudya Cynthia Bella bersara daripada dunia hiburan baru-baru ini.

Fedi atau nama sebenarnya, Fedrian Nuril berkata, sebagai antara pelakon yang pernah bekerjasama dengan Bella, 34, wanita itu sudah lama menunjukkan hasrat sepertinya ingin berhenti daripada terus aktif dalam dunia lakonan.

“Saya sebagai kawan menyokong apa sahaja yang membuatkan dirinya nyaman (selesa).

“Saya tengok kali terakhir penggambaran, dia sudah mulai tidak bersentuhan dan sebagainya,” ujarnya kepada Kosmo! Online usai majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Satria Dewa: Gatotkaca di ibu negara, malam tadi.

Fedi, 40, mengharapkan rakan baiknya itu bertemu ketenangan hidup yang dicari selama ini.

“Memang agak sukar untuk menjayakan karya romantis dengan tidak bersentuhan apatah lagi, kisah yang dijayakan melibatkan peranan suami isteri.

“Bagi saya, kalau memang dia sudah tidak nyaman dan ingin keluar daripada industri, tiada masalah. Yang penting, buat sahaja apa yang membuatkan kita bahagia dan berasa selesa.

“Saya berharap dia bertemu ketenangan dan kedamaian,” ujarnya.

Ditebak pertanyaan sama ada bekas isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin itu ada bertemu dengannya sebelum membulatkan keputusan untuk bersara, jawab Fedi: “Tidak ada. Sekalipun dia datang kepada saya minta pendapat, saya hanya akan cakap, buat sahaja apa yang membuatkan dirinya baik, gembira dan tenang.”

Fedi dan Bella pernah berlakon bersama dalam francais filem fenomena, Surga yang Tak Dirindukan. Dalam karya tersebut, mereka melakonkan peranan suami isteri.

Terdahulu, selepas berlegar-legar perkhabaran Bella dikatakan berkahwin dengan lelaki asal Dubai, dia sekali lagi menarik perhatian peminat apabila mengumumkan mahu bersara daripada dunia seni hiburan.

“Mohon doakan saya. Insya-Allah tiada filem lagi (berhenti berlakon). Semoga istiqamah. Kali terakhir saya berlakon menerusi filem Buya Hamka (2021),” katanya seperti dipetik sebuah portal hiburan seberang.

Bella berkahwin dengan Engku Emran yang merupakan bekas suami pelakon jelita tanah air, Erra Fazira pada September 2017, namun bercerai pada Julai 2020. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI