fbpx

Doktor tampar budak 3 tahun mencarut ketika rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sutharat membawa anaknya ke sebuah hospital di daerah Kam Paeng Saen kerana mengalami serangan asma. – Thaiger

BANGKOK – Seorang doktor lelaki di Thailand didakwa menampar seorang kanak-kanak berumur  tiga tahun dan enggan memberikan rawatan kerana dihina oleh pesakit, lapor laman berita Thaiger semalam.

Susulan kejadian itu, keluarga kanak-kanak tersebut membuat laporan polis dengan ibunya, Sutharat, mendedahkan insiden itu dalam akaun Facebook berjudul Let Me Know If You Want to Be Famous Return Part 3.

Menurut Sutharat, dia membawa anaknya ke sebuah hospital di daerah Kam Paeng Saen dalam wilayah Nakhon Pathom kerana mengalami serangan asma.

Budak itu  duduk di atas ribanya sambil bermain permainan ketika  menanti rawatan di dalam bilik doktor berkenaan sebelum permainan itu terkena wajahnya.

“(mencarut) ia terkena mulut saya!” kata kanak-kanak tersebut.

Doktor berkenaan kemudian berpaling lalu menampar anaknya yang membuatkan kanak-kanak itu menangis.

Menurut Sutharat, ketika ditanya  mengenai perbuatannya,  doktor itu berkata bahawa dia melakukan perkara sama kepada anaknya. Dia kemudian menyerahkan ubat nebulizer sebelum berlalu keluar dari bilik tersebut.

Sutharat menegaskan bahawa anaknya mengeluarkan kata-kata itu kerana barang permainannya terkena pada wajahnya, dan bukannya mencarut kepada doktor tersebut.

Namun, dalam satu temu bual dengan media, doktor terbabit mendakwa bahawa dia menampar kanak-kanak itu kerana dia berkata, “(mencarut) doktor Tu”. Doktor Tu merupakan nama samaran lelaki berkenaan.

Dia bagaimanapun mengaku bahawa tindakannya itu salah dan tidak bermaksud untuk menampar kanak-kanak tersebut. Katanya, dia berada dalam keadaan tertekan kerana keluarganya baru pulih daripada jangkitan Covid-19.

Doktor itu juga mengaku akan berjumpa dengan keluarga kanak-kanak tersebut untuk meminta maaf. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI