fbpx

Boleh lompat parti sebelum RUU diwartakan bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi ketika sesi temubual berkenaan RUU Larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang di sini, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Mana-mana Ahli Parlimen sedia ada masih lagi sempat untuk melompat parti sebelum Rang Undang-Undang (RUU) mengenai perkara itu diwarta serta dikuatkuasakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, setakat ini Yang di-Pertuan Agong belum pun memberi perkenan.

Justeru, beliau dalam nada jenaka berkata, anggota Dewan Rakyat masih berpeluang untuk melompat parti sehingga RUU itu diperkenankan Seri Paduka Baginda dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, saya menjangkakan bahawa Tuanku memberi perkenan sekitar minggu pertama atau paling lewat minggu kedua bulan depan,” jelasnya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 itu diluluskan di Dewan Negara pada 9 Ogos lalu setelah berjaya sebelum itu di Dewan Rakyat pada 27 Julai lepas dengan meraih undi majoriti.

Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan pengamat politik tanah air mengenai bilakah tempoh RUU kontroversi itu dikuatkuasakan sebagai undang-undang negara secara rasmi.

Menyentuh pertanyaan berkenaan, Wan Junaidi tetap mengulangi jawapan sama beliau pada sidang akhbar di Parlimen pada 28 Julai lalu mengenai garis masa RUU tersebut diwartakan.

Sehubungan itu ujarnya, tidak timbul isu kelewatan kerana Yang di-Pertuan Agong memang diberi tempoh 30 hari sebelum diperkenan berdasarkan Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya pun banyak disoal beberapa wakil rakyat tertentu mungkin seloroh tanya sempat lagi mereka boleh lompat parti, maka saya pun jawab RUU itu belum pun dikuatkuasakan,” katanya.

Berdasarkan rekod ujarnya, kali pertama pindaan seumpama itu berjaya dilakukan terus tanpa penglibatan Kabinet ialah pada 2006 lalu terhadap Kanun Keseksaan dan Tatacara Jenayah

Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas itu dilaksanakan susulan draf asal RUU ada sedikit pertikaian yang dibimbangi ditafsir terlalu luas dan mungkin boleh dieksploitasi pihak kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI