fbpx
Ainul Mardhiah bersama ibu bapanya.

Ainul Mardhiah semakin pulih, tunggu masa untuk pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, dilaporkan semakin stabil dan menunjukkan gerak balas positif selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Ibu kepada kanak-kanak itu, Nurul Erwani Zaid berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi InstaStory miliknya malam tadi.

“Setakat ini (semalam) apa yang boleh diberitahu, Ainul dah semakin pulih dengan baik sekali dan sudah kembali kepada rutin dia (Ainul).

“Ubat pun dah banyak dihentikan, demam dah tidak ada. InsyaAllah tunggu Ainul betul-betul kuat, baru boleh balik rumah,” tulisnya.

Terdahulu, bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkata, Ainul Mardhiah sudah tidak menggunakan alat ventilator lagi dan sudah boleh menggerakkan anggota badan seperti tangan dan kaki walaupun masih dalam keadaan lemah selepas diserang sawan beberapa kali pada Jumaat lalu.

Selain itu, pihak keluarga masih menunggu keputusan ujian darah Ainul Mardhiah yang dijangka akan keluar dalam masa terdekat.

Ainul Mardhiah sebelum ini pernah mendapat liputan meluas media apabila kisahnya yang menghidap barah mulut sehingga perlu menjalani pembedahan di London untuk membuang tumor tular dalam kalangan rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

POPULAR