fbpx

2 bot nelayan Vietnam ditenggelamkan di perairan Pulau Bidong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu bot nelayan Vietnam yang dilupuskan sebagai tukun tiruan di perairan Pulau Bidong, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Maritim Malaysia (APMM) menenggelamkan dua bot nelayan Vietnam bagi tujuan pelupusan di perairan Pulau Bidong di sini hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kedua-dua bot nelayan Vietnam yang ditahan menerusi Op. Naga Barat dan Op. Kuda Laut pada tahun lalu itu telah dilucut hak oleh mahkamah baru-baru ini.

“Pelupusan secara menenggelamkannya di dasar laut ini menunjukkan ketegasan APMM yang secara serius mahu membanteras pencerobohan nelayan asing di perairan negara.

“Pelupusan sebagai tukun tiruan tersebut juga merupakan sumbangan apmm bagi akiviti penyelidikan kajian akademik di Stesen Penyelidikan Alami Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT),” katanya pada program pelupusan dua bot nelayan Vietnam berkenaan di perairan Pulau Bidong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Suffi berkata, APMM telah menenggelamkan 144 buah bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak sebagai tukun tiruan di perairan Terengganu sejak tahun 2010.

Jelas beliau, ia termasuk 17 buah sejak awal tahun ini dengan nilai keseluruhan RM216 juta.

“Kita masih mempunyai 40 buah bot nelayan asinh menunggu pelucutan hak daripada mahkamah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI