fbpx

Warga emas maut motosikal jatuh parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di Kilometer 7.5 Jalan Kluang - Nyior, Kluang dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam sebuah parit akibat kemalangan di Kilometer 7.5 Jalan Kluang-Nyior di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.25 tengah hari itu, mangsa yang maut merupakan warga tempatan berusia 70 tahun.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima maklumat awam menyatakan satu kemalangan berlaku di lokasi kejadian melibatkan sebuah motosikal.

Katanya, mangsa seorang lelaki berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah dibahagian muka dan badan.

“Kes masih dalam siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan diklasifikasikan mengikut Seksen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau berbahaya,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI