fbpx

RM20,000 jika pecah rekod kebangsaan – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua kiri) ketika hadir merasmikan SUKIPT 2022 di UPSI, Tanjung Malim hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

TANJUNG MALIM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersedia memberi RM20,000 sekiranya atlet yang bertanding pada temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 berjaya pecah rekod kebangsaan.

Katanya, wang tunai tersebut akan diberikan kepada semua atlet yang memecahkan rekod kebangsaan tidak kira apa jenis sukan ketika bersaing pada temasya edisi kali kelima tersebut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak.

“Jadi, saya ingin mencabar para atlet yang bertanding dalam SUKIPT 2022, untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tidak kiralah dalam apa jenis acara pun.

“Mereka yang berjaya kita akan bagi secara bersama wang tunai berjumlah RM20,000.

“Justeru, besar harapan saya agar program seumpama SUKIPT ini akan membentuk lebih ramai atlet IPT (institusi pengajian tinggi) yang berprestasi tinggi dan berminda juara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian SUKIPT 2022 di Stadium UPSI hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahamad berkata, pihaknya optimis temasya seumpama SUKIPT mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan, bukan sahaja di IPT tetapi juga negara.

“Justeru, bagi pihak kementerian, saya sangat berharap agar kecemerlangan yang dipamerkan oleh para atlet IPT akan diteruskan momentumnya di pelbagai podium sukan yang lain.

“Insya-Allah, KPT komited menggilap dan mengasah muka-muka baharu untuk mewakili negara ke pentas yang lebih tinggi seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan juga Sukan Olimpik,” katanya.

Untuk rekod, lebih 6,000 atlet daripada 70 kontinjen IPT telah mengesahkan penyertaan membabitkan IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti.

Sebanyak 21 acara bakal dipertandingkan pada edisi kali ini dengan dengan 210 pingat emas bakal direbut oleh semua atket bertanding. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI