fbpx

Liga Premier : KUFC cemerlang tumpaskan UiTM FC 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang KUFC ,Nik Akif Syahiran Nik Mat (kiri) cuba melepasi kawalan pemain UiTM FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN KUFC

KOTA BHARU – Kelantan United FC (KUFC) mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan UiTM FC 3-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

KUFC turun sebagai tuan rumah terlebih dahulu mencetak gol pertama pada minit ke-16 menerusi ayam tambatan mereka Njoku Jacob yang berjaya memanfaatkan hantaran cantik Mohamad Amirul Shafik Che Soh.

Di sebalik serangan bertali arus UiTM FC, skuad tuan rumah bagaimanapun berjaya memperoleh gol kedua apabila Muhammad Haziq Mohd. Subri dengan mudah menolak masuk bola lorongan Mohamad Amirul Shafik pada minit ke-50.

UiTM FC terus melakukan seranhan untuk merapatkan kedudukan sebelum Muhammad Izman Solehin Rohadi melakukan rembatan yang menewaskan penjaga gol KUFC, Mohamad Fikri Che Soh pada minit ke-71.

Pemain KUFC, Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-94 sekali gus memastikan pasukan tuan rumah meraih mata penuh.

Kemenangan itu menyaksikan KUFC berada pada tangga keenam saingan Liga Premier manakala UiTM FC di tempat ketujuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI