fbpx

Lelaki warga emas maut jatuh gaung ketika mendaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Taman Mawar petang semalam. /FOTO IHSAN BOMBA

SANDAKAN – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas tergelincir dan jatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Taman Mawar petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, mangsa yang berumur 70 tahun terjatuh ke dalam gaung dari ketinggian 6.09 meter ketika melakukan aktiviti mendaki seorang diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 6.20 petang.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa dibawa turun ke lokasi selamat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, operasi tamat pukul 8.35 malam tadi. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI