fbpx

2 lelaki ditahan ketika leka lerai kereta curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang ditahan ketika leka meleraikan Proton Wira yang disyaki dicuri di Pandan Indah.

AMPANG – Dua lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di Jalan Pandan Indah di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Sentosa, Rawang semalam.

“Kejadian berlaku pada Jumaat lalu kira-kira pukul 8.30 pagi di Jalan Pandan Indah di mana pengadu mendapati kereta Proton Wira bernilai RM5,000 miliknya telah hilang disyaki dicuri.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menahan kedua-dua suspek lelaki berusia 27 dan 31 tahun ketika sedang leka meleraikan kenderaan yang disyaki dicuri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis turut menemui serangkai anak kunci yang digunakan untuk mencuri kenderaan dan kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk membantu siasatan.

“Modus operandi suspek adalah menyasarkan kenderaan lama yang diparkir di kawasan sunyi.

“Semakan mendapati, salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes dadah dan masih dikehendaki manakala seorang lagi tiada rekod jenayah,” jelasnya.

Tambahnya, mahkamah telah membenarkan reman ke atas kedua-dua suspek selama empat hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI