fbpx

Trend menakutkan anak guna suara hantu perlu dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tular trend video yang tidak sihat melibatkan babak bergambar antara orang dewasa dan kanak-kanak kemudian  mengurung kanak-kanak itu sendirian hanya akan ganggu emosi kanak-kanak tersebut.

Tindakan itu diiringi dengan suara ketawa mengilai yang menyeramkan berkumandang dan aksi kanak-kanak ketika itu dirakam, sehingga ada yang menangis berteriakan, menutup telinga dan wajah.

Menurut hantaran Public Health Malaysia di Facebook, trend ini tidak membawa faedah kepada kanak-kanak malahan akan menghilangkan nilai kepercayaan mereka terhadap individu yang mereka percaya seperti ibu bapa.

“Segalanya dilakukan demi secebis perhatian di media sosial dengan harapan video akan mendapat perhatian orang ramai dan dapat beberapa like dan jumlah pengikut baharu yang ramai.

“Ibu bapa meruapakan individu yang paling dipercayai, paling rapat dan paling penting untuk dunia kanak-kanak, apabila kepercayaan ini terhakis dan luntur akibat tindakan mengikut trend, ia memberi kesan dari segi personaliti dan emosi kanak-kanak,” tulisnya.

Tambahnya, trend ini perlu dihentikan serta-merta kerana ternyata tidak berbaloi dengan parut emosi ditinggalkan kepada kanak-kanak.

“Kesannya, anak akan jadi penakut, terlalu sensitif, pemarah dan berdendam hanya kerana sudah mempunyai parut emosi berpunca daripada mengikut trend di media sosial,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI