fbpx

Penubuhan Pasukan Jihad Inflasi beri impak positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tengah) ketika mengadakan perbincangan bersama pegawai Jabatan Pembangunan Negeri Kelantan berhubung perkembangan projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini di Tunjong, Kota Bharu hari ini. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dilihat memberi kesan positif terhadap penurunan harga barangan kawalan di pasaran negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara harga barangan yang mengalami penurunan setakat ini adalah minyak masak dan ayam mentah.

Menurutnya, penubuhan jawatankuasa itu sekali gus dapat memberi fokus terhadap isu inflasi secara total.

“Inflasi merupakan masalah dunia dan dengan usaha Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, ia dapat menangani masalah tersebut dengan lebih sistematik sekali gus melegakan ramai pihak.

“Harga minyak kelapa sawit mentah di pasaran sebelum ini adalah RM 7,000 untuk satu tan dan kini turun hampir RM 4,000. Kita pasti jika harga pasaran turun, maka ia perlu disusuli dengan penurunan di peringkat negara,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Mustapa, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi kini berfungsi denhan naik.

Katanya, kerajaan turut mempertimbangkan beberapa rayuan daripada pihak pengusaha ternakan ayam termasuk untuk mengeskport semula kepada Singapura.

Tambahnya, bagaimanapun, keputusan masih belum dibuat dan perbincangan akan dijalankan secepat mungkin bagi membuat keputusan mengenai perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI