fbpx

Harga gula naik diputuskan Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika melawat gudang Sazarice Sdn Bhd di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) hari ini. Foto oleh Ivan Amirul/ KOSMO!

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan kenaikan harga kawalan gula daripada RM2.85 sekilogram ketika ini selain isu subsidi gula antara sedang difikirkan menerusi mekanisme baharu penentuan harga yang akan diputuskan pada Jun depan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penyelesaian perkara berkenaan bukan suatu yang mudah terutama sekiranya melibatkan kenaikkan harga kawalan.

“Pelbagai aspek perlu ditimbangkan tetapi isu ini sudah berlarutan agak lama. Malahan rayuan menaikkan harga kawalan oleh dua pengeluar utama gula di negara ini bermula sejak 2021 lagi.

“Kita dimaklumkan kos gula sangat tinggi. Data kos gula mentah dunia menunjukkan kenaikan 100 peratus berbanding sebelum pandemik Covid-19. Sekarang pula berlaku defisit gula dunia sehingga mengakibatkan banyak negara berebut gula mentah.

“Bagaimanapun, kerajaan kita sehingga kini masih mengekalkan harga kawalan gula RM2.85,” katanya selepas melawat gudang Sazarice Sdn Bhd di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) hari ini.

Tambah beliau, perkara tersebut perlu difikirkann dengan teliti bagi menangani isu penyeludupan berikutan harga di negara ini masih rendah berbanding RM5 sekilogram di Indonesia dan RM8.30 di Filipina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI